Assalamualaikum ! hai lama sangat nak datang mood kemas-kemas sesawang sapu-sapu habuk yang ada kat sini . Hari ini 29 Disember 2012 . Esok malam aku dah berada di dalam bus KKKL untuk pulang ke bumi BESUT tercentaaa ! Ohyeeaaahhhhh ! Selama sebulan lebih aku bertapa dirumah baru sekarang mood aku datang untuk berkemas. aisyyyyy . Itulah orang ada blog, ko nak jugak ada blog kan. Haaa,hamekkkk !
Alhamdulillah selesai sudah selama 6 semester aku membina tamadun di IPG Kampus Sultan Mizan sebagai guru pelatih . Banyak cabaran,dugaan, kenangan indah dan ada juga kenangan pahit yang sangat memilukan dan meninggalkan parut di hati aku ni . Biarlah kenangan pahit tu aku tanggung sendiri . Aku rasa kenangan indah yang boleh aku kongsi dengan korang . sekurang kurangnya hanya hati aku sorang yang sakit,kalau aku kongsi dengan orang lain,maka lebih banyak hati yang sakit .
Lepas habis exam aku terus angkat kaki dan blah dari maktab. Fuhhhhh ayat x leh blah..HAHAHA....sampai je JB ayah aku jemput kat terminal . Naek kereta ayah aku bersuara
Ayah : Ibu ada bagitahu awak nak ke Sarawak?
Aku : Aik????tak ada pulak . (eh,nak pergi sarawak ke?)
Ayah : A'ah nak pergi sarawak 11-14 Disember ni.
Aku : Naseb kat dalam kereta,kalau kat rumah dah melonjak atas katil dah . HAHA
Ayah : Tapi yang pergi berempat je,Rombongan pengetua sekolah teknik
Aku : Oooooooo...( senyum sampai telinga,dalam kepala macam-macam dah terbayang,HEEE )
Tiba pada hari itu,aku rasa excited gila ! Tapi cover-cover juga la depan family (sbb FIRST time kot nek belon @ kapal terbang) . Flight kami pukul 12 tengah hari . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar . My big experience in my life sbb tak lepas di kastam gara-gara HP di poket seluar aku . HAHAHA . Kami samapi di Kuching International Airport jam 2 lebey. Kami disambut oleh bus Kolej Vokasional Kuching Sarawak . Ia ditugaskan untuk membawa kami ke tempat-tempat yang dikunjungi. Selepas itu kami dihantar ke tempat penginapan untuk berehat. Hotel tersebut berdekatan dengan Sungai Sarawak yang terkenal dengan adanya "Bujang Senang"
Selama kami berada di sana banyak tempat yang kami lawati seperti KV Kuching Sarawak,SM Teknik Matang Sarawak, Rumah Kebudayaan Sarawak dan banyak lagi. Disana aku teruja untuk merasai makanan Sarawak terutama Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Senang aku bagi je pic suh korang tengok OK :)
No comments:
Post a Comment