frenship saya 2 ever :)





♥ ..Bila ada yang SAYANG,jangan lukai hatinya..
♥ ..Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..
♥ ..Bila ada yang MENANTI,pastikan kamu kembali.. 
♥ ..Bila ada yang SETIA,lakukan yang sama..

♥ ..Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti..










"Hargailah sesuatu sebelum is terlambat"

two two two two zero one two

Tarikh ni sangat istimewa bagi aku. walaupun ia hanya tarikh-tarikh biasa macam hari lain.
ALHAMDULILLAH , sampai juga pada tarikh ini untuk kali ke 3. bersyukur sangat sebab dapat bertahan sampai ke hari ni. Walaupun aku sorang saja yang ingat tarikh ni,biarlah ia menjadi kenangan manis aku selamanya. mudah mudahan ikatan yang terbina dapat berkekalan hingga ke syurga :)


22.2.2012





Jangan terlalu berharap dengan apa yang kita harapkan . Terimalah seadanya dengan redho

:Rahsia Surah Al-Kautsar:

Assalamualaikum :)
tak pernah-pernah aku menulis entry waktu tengah hari macam ni. tapi sebab aku nak share something yang menarik minat aku. tak salahkan berkongsi ilmu pengetahuan. balik-balik bilik aku on9 terus facebook. lepas tu terpandang satu entry dekat home aku. tangan aku tergerak untuk membuka page tersebut sebab ada member aku ditag dekat page tu.

bila aku bukak page tu rupanya mengenai Keistimewaan Surah Al-Kautsar :) surah tersebut hanya mengandungi 3 ayat sahaja. Memang sangat mudah untuk diamalkan. di sini aku sertakan sekali fadilat-fadilat nya ya.



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Memang mudahkan ALLAH nak beri kita pahala. Sesungguhnya Islam itu memudahkan kita
*SELAMAT BERAMAL*

mata Oh mata

salam semua.malam ni aku boleh la singgah sekejap dekat sarang aku ni :).wokey,malam ni aku nak share dengan korang la.sejak sebulan ni mata kanan aku yang belah atas ni selalu je berkedip.kalau nak kata ada habuk atau bulu mata jatuh,tak ada pulak rasanya.masa mula-mula tu ingat sekejap je.tapi lama-lama kerap pula berkedip.aku tak pasti la apa maknanya atau memang mata aku ni saja nak bersenam kan.hehehe.untuk kepastian yang lebih meyakinkan aku telah cari info mengenai masalah aku ni.tadaaaaaaa ! jom tengok



bukan niat aku nak mempercayai apa yang dikatakan.tetapi sekadar ilmu untuk aku tahu.betolkan :)

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

kalau nak diikutkan bulan ni,berita baik yang aku tahu adalah sedikit mengenai hal peribadi aku. insyallah nanti dah sampai masanya aku cerita ya :) di bawah ni ada lagi beberapa andaian.terpulang pada individu itu sendiri sama ada percaya atau tidak.


  • Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  • Bibir bawah bergerak = akan menangis
  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

ermm.dah tahu kan.tapi sampai sekarang mata kanan aku bahagian atas ni selalu berkedip.risau pulak takut ada apa-apa yang tak kena dengan mataku ini.mudah-mudahan ia sekadar hanya ingin gurau-gurau saja dengan aku :)



*maafkan aku jika aku tidak sesempurna yang kau harapkan*

Tok.. tok.. tok.. Assalamualaikum :)

Hehe lama sudah aku tak singgah blog nie.bak kata pakar-pakar blogger nie dah bersawang dah blog aku ni.tapi aku nak buat macam mana.sedikit sibuk dengan perkara-perkara dunia sekejap.almaklumlah baru naik semester baru.faham-faham sajalah ye.dengan ditambah kelas setiap hari sampai pukul 4.30 petang,tidak ke naye aku. dengan semangat juang yang aku ada,aku teruskan jua menempuh segala onak duri,hutan belantara,laut yang bergelora,bara api yang merah menyala.hahahaha.fuhhhh semangat bukan main mengalahkan perdana menteri.kehkehkeh.