* H.A.T.I*


Manusia diciptakan mempunyai sekeping HATI
Daripada sekeping HATI terserlah sifat seseorang itu

HATI baik HATI busuk
HATI lembut HATI keras

Bersabarlah wahai HATI 
Tabahlah wahai HATI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku harap aku diberikan petunjuk yang betul tentangnya supaya dapat merawat luka di HATIKU
Sesungguhnya jika HATI ini terluka,terguris,terhiris hanya ALLAH yang tahu bagaimana rasa sakitnya.

Rawatlah HATI
Sembuhlah HATI


~PISMP SEM 5 RBT 2 AMBILAN JAN 2010~

Dah masuk hari ke 4 aku berada dekat IPGM Sultan Mizan ni . Tapi aku rasa suasana dekat rumah masa aku cuti sebulan lepas masih terasa ! hukhukhuk, boleh tak nak teriak NAK BALIK !!!!!!!!! :(hahahaha . ALHAMDULILLAH sekarang ni aku dah berada di semester 5 . Boleh dikira ni tahun ke 4 aku di bumi Besut ni. Pejam celik pejam celik rupanya lagi setahun setengah je pengajian aku dekat sini . Padahal rasa macam baru je haritu aku kena orentasi dengan senior-senior aku . hahaha . 

Tahun ni aku rasa subjek semua rilek-rilek je . Tak terlalu berat nak belajar . Aku kena belajar 6 subjek tahun ni . Ditambah dengan sebulan PRAKTIKUM . Haaaa itu lagi satu aku terus kecut perut bila sebut pasal 9 huruf tu ! Tak dapat bayangkan aku mengajar dekat kelas . huwaaaaaaaa ! :(
 
SUBJEK SEM 5 :

1
 BMM3104
 Pengajaran Kemahiran BM
2
 EDU3106
 Budaya dan Pembelajaran
3
 PJM3112
 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
4
 RBT3109
 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan
5
 RBT3110
 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
6
 WAJ3112
 Kokurikulum Olahraga


Hopefully aku dapat menuntut ilmu dengan baik untuk semester ni . Azam aku TAK NAK TERSENGGUT-SENGGUT TIME LECTURER MENGAJAR !



p/s : menaip entry nie sambil mendengar lagu arwah achik spin dan nana . 
Gurauan Berkasih sambil tu terkenang waktu dulu-dulu kat maktab :(


*AZAM : Mungkinkah?*

Assalamualaikum dan selamat petang :)

Semua orang  mesti dah ada azam barukan . Ada yang share dengan insan tersayang dan ada juga yang hanya dirinya sahaja yang tahu apa azam dia untuk tahun 2012 nie :) Depents la kan masing-masing punya cara .

"Point 2012"

1. HATI
2. EKONOMI




psst : hari ni aku kena balik maktab dan teruskan pengajian .aku perlu kuat semangat supaya aku dapat habeskan study nie dan berkhidmat untuk negara :)